Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MB Johor Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor berharap semua keluarga dan waris mangsa kemalangan...

318 Kes Kematian Covid-19...

PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 hari ini melepasi angka 300 dengan 318 kes,...

MAHB Bayar Caj Servis...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bagi pihak kerajaan telah mengemukakan...

Kehidupan Orang Asli ‘Karnivor’...

Di sebuah kawasan pedalaman Siberia di Russia, terdapat suku orang asli yang jarang...

Agih RM627,000 Kepada 1,100 Mualaf Terengganu

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mula mengagihkan bantuan zakat sempena Ramadan sebanyak RM627,000 secara berperingkat kepada 1,100 mualaf di seluruh negeri ini.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata sebagai permulaan, pihaknya mengagihkan sebanyak RM186,000 kepada 400 penerima dari daerah Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus malam tadi.

“Semua ketua isi rumah yang mempunyai tiga tanggungan ke atas menerima zakat sebanyak RM600 manakala ketua isi rumah dengan tanggungan dua orang menerima RM400.

“Bantuan zakat ini akan diteruskan ke lapan lokasi secara berperingkat yang dijangka selesai diagihkan pada 10 Jun depan di Kampung Sungai Pergam dekat Kemaman,” katanya kepada pemberita pada majlis iftar dan penyampaian bantuan zakat kepada 400 penerima di sini malam tadi.

Turut hadir ialah wakil masyarakat Orang Asli dari Sungai Berua, Hulu Terengganu; guru kelas bimbingan saudara baharu dan wakil badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Cina Muslim Terengganu dan Perkim Bahagian Terengganu.

Setakat Mei tahun ini, MAIDAM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM8.425 juta kepada golongan mualaf termasuk bantuan sara hidup, perubatan, membina dan membaiki rumah, bantuan perkahwinan dan modal perniagaan untuk mereka lebih berdikari.


Selain itu, beliau berkata MAIDAM turut mengadakan 36 kelas bimbingan agama dan 22 kelas bimbingan al-Quran kepada mualaf dan masyarakat Orang Asli di seluruh Terengganu pada tahun ini.

“Mereka turut diberi insentif RM50 untuk setiap kehadiran mengikuti kelas bimbingan ini sebagai galakan untuk mereka lebih tekun mendalami ilmu dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam rutin harian mereka,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori