Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Belum Fikir Ubah Angin,...

SELEPAS berjaya membintangi filem seram pecah panggung, Pengabdi Setan, Bront Palarae kini masih...

Individu Gemar Minuman Manis,...

KUALA LUMPUR: Individu yang gemar mengambil minuman bergula, berkafein dan beralkohol berisiko diserang...

Wanita Tipu Jual Telefon...

PARIT - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Adam Levine Bakal Timang...

VOKALIS kumpulan Maroon 5, Adam Levine yang cukup digilai ramai peminat wanita dilapor...

Makanan, Minuman Percuma Untuk Pelanggan Kurus

JINAN – Sebuah restoran di Shandong, China menawarkan promosi diskaun kepada pelanggan sekiranya mereka mampu melepasi pagar logam yang sempit.

Pemilik restoran terbabit, Zhao Lang, berkata promosi tersebut bertujuan menggalakan kesedaran dalam kalangan orang ramai bagi menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

Lebar pagar berbeza menentukan jenis diskaun yang bakal diterima pelanggan, sekiranya berjaya melepasi pagar berukuran hanya 15 sentimeter (sm) lebar, pelanggan akan mendapat makanan dan minuman percuma.

Bagi pagar selebar 18 sm, pelanggan akan mendapat 5 tin bir manakala lebar 25 sm menawarkan satu tin bir.

“Boleh dikatakan seorang pelanggan mampu melepasi lebar paling sempit setiap hari.


“Mereka terdiri daripada pelanggan wanita,” ujar pemilik restoran yang dibuka pada 2016 itu.

Zhao berkata promosi tersebut menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi restorannya dan melakukan ‘cabaran pagar logam’ itu. – Dailymail/mStar Online

Kategori