Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Ikut Jejak...

SEJAK kebelakangan ini sudah menjadi trend ramai selebriti tempatan membuat perkhidmatan 'Instagram (IG) Review'...

Gempur 7 Pusat Pelacuran...

Kuala Lumpur : Tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan mulia ini digempur...

Lagi Bangkai Dugong Jantan...

JOHOR BAHRU - Seekor dugong jantan ditemui dalam keadaan sudah mati terdampar di...

Tiada Aktiviti Perjudian Komputer...

IPOH - Tiada sebarang aktiviti judi berkomputer di Silibin, di sini sebagaimana didakwa...

Malaysia Akan Kekal Hubungan Baik Negara Lain

KUALA LUMPUR – Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan, akan terus mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa tanpa berpihak kepada negara tertentu atau mencampuri dasar, sistem dan pentadbirannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika menegaskannya hari ini, beliau yang baharu dilantik sebagai perdana menteri ketujuh berkata, ini penting kerana perdagangan merupakan nadi ekonomi dan Malaysia tidak mampu untuk bersengketa dengan negara-negara lain hanya disebabkan oleh perbezaan ideologi.

“Kita lebih berminat untuk memastikan bahawa pasaran bagi produk-produk (negara) mampu diperluaskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pertama dengan barisan pemimpin komponennya, di sini.

Mengulas selanjutnya, Mahathir turut menegaskan bahawa Malaysia mengambil pendirian berkecuali dan tidak akan menyertai sebarang tindakan oleh negara kuasa besar untuk mengenakan sekatan terhadap negara lain yang tidak sependapat dengan mereka.

“Urusan kita adalah untuk menjalin hubungan. (Negara) kuasa besar itu membuat keputusan sendirian dan mereka tidak akan mencampuri dasar-dasar kita.

“Bagaimanapun, sudah pasti kita juga sedia maklum dengan negara kuasa besar yang mahu mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak menghormati atau bersetuju dengan mereka,” katanya.

Malah, menurut Perdana Menteri, pendirian Malaysia mengenai hubungan luar negara itu adalah antara perkara yang dibincangkan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, semalam.


Ketika ditanya mengenai ringgit, Mahathir berkata ketidaktentuan mengenai mata wang tempatan itu wujud kerana kerajaan baharu itu masih belum dibentuk sepenuhnya.

“Kita hanya baharu melantik seorang perdana menteri yang perlu membentuk sebuah Kabinet. Selepas itu, kita akan berbincang dengan semua jabatan untuk mengetahui apa yang telah dilakukan,” kata Dr Mahathir.

Ringgit disebut pada paras 3.9480/9530 berbanding dolar US pada Selasa sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-14. – BERNAMA

Kategori