Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AS Hukum Penumpang Bawa...

WASHINGTON DC - Penumpang dan kru penerbangan di Amerika Syarikat (AS) dilarang membawa...

Kempen 11 Hari Pada...

KUALA LUMPUR - Kempen selama 11 hari untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-11...

VIDEO: ‘Chibatman’ Jadi Kegilaan...

JIKA anda berkunjung ke Bandar Chiba di Jepun, jangan terkejut jika terserempak dengan...

John Legend Bakal Timang...

PENYANYI kesukaan ramai John Legend dan isteri, Chrissy Teigen, 30, bakal menimang cahaya mata...

Malaysia Jadi Tuan Rumah WCEM Kedua September Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan Dunia Mengenai Perubatan Senaman (WCEM) kedua di Melaka pada September tahun ini.

Naib Pengerusi WCEM, Prof. Dr. Lee Chee Peng berkata persidangan tiga hari mulai 24 September di Hotel Equatorial, Melaka itu akan mengumpul saintis, pakar perubatan, ahli terapi dan jurulatih senaman untuk membincangkan mengenai perubatan senaman, yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

”Kami menjadi tuan rumah WCEM pertama di Langkawi, Kedah pada November tahun lepas yang mana pakar-pakar perubatan senaman dari 25 negara berkumpul pada acara saintifik demi untuk menambah baik kesejahteraan manusia.

”Tahun ini kami menyediakan 700 jurucakap dari 35 negara untuk menyampaikan lebih daripada 60 topik berkaitan pelbagai isu berkenaan perubatan senaman,” katanya kepada Bernama.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Klinik Senaman Simfoni Baharu MS dengan kerjasama Kolej Senaman dan Perubatan Sukan Asia.

Antara topik yang akan dibincangkan pada persidangan itu ialah penyusuan ibu dan pencegahan penyakit tidak berjangkit utama (NCD), keselamatan ketika bersenam, senaman dan kesejahteraan, protokol senaman, kematian mengejut ketika senaman serta pemulihan kardiovaskular.


Dr. Lee yang juga pakar terapi senaman berkata perubatan senaman mempunyai potensi untuk merawat dan mencegah empat penyakit utama NCD iaitu darah tinggi, kencing manis, obesiti dan ’dyslipidemia’ menerusi preskripsi terapi senaman yang betul.

Beliau berkata terapi yang berpotensi dijadikan perubatan alternatif kepada ubat konvensional dalam mencegah NCD itu terbukti mampu menghasilkan banyak perubahan positif kepada tubuh manusia jika dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Katanya untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari www.wcem.com.my. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • WCEM

Kategori