Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Perlu Terima PM...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan perlu menerima pengiktirafan kehakiman tentang hakikat bahawa Peguam Negara...

Polis Perak Kenal Pasti...

IPOH - Polis Perak telah mengenal pasti beberapa individu di negeri ini dipercayai...

Tukang Masak Mengaku Tidak...

IPOH - Seorang tukang masak lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kalimah ALLAH: Polis Siasat...

GEORGETOWN -Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah...

“Mana Ada Seksi, Saya Masih Boleh Berfikir” – Nita

BEKAS naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah tiba-tiba menjadi perhatian apabila dikatakan berpenampilan seksi ketika majlis pernikahannya pada Ahad lalu.

Enggan terus melatah dan memanjangkan hal tersebut, Nita tampil menjelaskan perkara sebenar dan berharap agar segalanya terjawab selepas ini.

Nita menjelaskan bahawa persalinan yang dipakai ketika majlis itu tidak seksi seperti mana yang didakwa oleh sebuah blog hiburan tempatan.

Tegasnya, dia tidak sesekali tergamak memalukan diri sebaliknya masih waras untuk memilih busana yang sesuai pada upacara tersebut.

“Saya memang seorang yang berfikiran terbuka tapi saya masih boleh berfikir mana elok atau tidak. Tak mungkin saya pakai baju seksi ketika akad nikah.

“Baju yang dikatakan itu berbelah di bahagian dada itu mempunyai lapik, mungkin mereka sangka ia seperti kulit saya,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Nita berkata menegur kesilapan orang lain adalah perkara yang baik namun perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah tanpa memalukan pihak yang hendak ditegur di khalayak ramai.

Sehubungan itu, dia meminta netizen yang ingin menegur pemakaiannya adalah lebih baik memberi mesej secara peribadi berbanding menulis secara terbuka di ruangan komen.

“Kalau niat untuk menegur lebih baik beri mesej peribadi kepada saya bukan komen secara terbuka begitu.


“Ia bukan sahaja buka aib tapi beri peluang untuk dapat dosa dan mengundang perbalahan dengan pengikut saya pula,” pinta penyanyi itu.

Sementara itu, ditanya mengenai perasaan bergelar seorang isteri, Nita meluahkan rasa syukur apabila hubungan yang dibina selama empat tahun akhirnya membawa ke alam rumah tangga.

Ujarnya, dia dan suami merancang untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat sebagai pelengkap mahligai mereka.

“Dalam tempoh empat tahun sudah empat kali putus tapi ada kuat jodoh kami. Perancangan anak biarlah Allah tentukan kalau boleh kami nak cepat-cepat dapat anak,” ujarnya.

Nita atau nama sebenarnya Norhanita Hamzah itu sah bergelar isteri kepada Fareez dengan sekali lafaz pada pukul 11.45 pagi Ahad lalu.

Wanita itu menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM10,000. Pada masa sama, Nita turut memberikan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak lelaki. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori