Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Madu Tualang Di Tasik...

KUALA NERANG - Madu tualang antara madu terbaik di dunia dan tidak asing...

Lelaki Muat Naik Ciapan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang membuat naik ciapan di laman sosial mendakwa...

PH Tak Terima Ahli...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata Pakatan Harapan (PH) tidak...

Banjir: Alam Flora Lupus...

KUALA LUMPUR - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengutip sampah sebanyak 2,000...

Masalah Negara Bukan Diselesai Turun Naik Individu

KUALA LUMPUR – Permasalahan dihadapi rakyat dan negara hari ini bukan dapat diselesaikan dengan menurunkan seseorang atau menaikkan mana-mana individu semata-mata, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang juga Pengerusi Gagasan Sejahtera berkata permasalahan seperti indeks rasuah yang merosot, jenayah dan gejala sosial yang mengancam negara serta kos sara hidup meningkat memerlukan penyelesaian menyeluruh.

“Semua permasalahan ini perlu penyelesaian holistik dan reformasi sistem, bukan sekadar menurunkan seseorang atau menaikkan mana-mana individu semata-mata,” katanya dalam perutusan khas sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata melalui sembilan teras manifesto Malaysia Sejahtera yang antara lain pembentukan kerajaan berintegriti, penambahan pendapatan boleh guna dan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat, diyakini dapat menyelesaikan permasalahan itu. – BERNAMA

Kategori