Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bukan Anak Saya- Bapa

Menerusi hantaran di laman media sosial itu, Izanie QY Runner menjelaskan, video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang memandu simulator kereta lumba yang diviralkan di laman media sosial lain merupakan anaknya dan tiada kaitan dengan kes kemalangan berkenaan."Budak ini ke (merujuk kepada video anaknya bermain simulator kereta lumba). Kalau awak cakap budak ini (bermakna) awak dah fitnah," tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Tentera Rancang Serangan ‘Sistematik’...

BANGKOK - Tentera Myanmar melakukan persediaan 'meluas dan sistematik' untuk memerangi etnik Muslim...

Potong Kemaluan Mahu Jauhi...

Shandong - Seorang pelajar di sini yang memutuskan untuk hidup tanpa dosa dan...

Sidang Dewan Rakyat Tertangguh...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan lebih dua minit kerana...

Masih Tiada Tindakan Diambil Ke Atas Rais Yatim

PUTRAJAYA – Masih tiada tindakan diambil oleh UMNO terhadap anggotanya Tan Sri Dr Rais Yatim meskipun beliau berada di atas pentas ceramah gabungan Pakatan Harapan semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pihaknya masih menunggu laporan daripada nazir yang ditugaskan parti bagi memantau tindak-tanduk setiap ahli.

“UMNO merupakan satu parti berstruktur, kita siasat dahulu sebelum membuat keputusan.

“Beliau masih lagi ahli UMNO dan parti masih belum mengambil sebarang tindakan terhadapnya kerana masih tidak melanggar batas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Nur Ramadan Kepada Surau-Surau Putrajaya di Surau Jumaat Mahmoodiah, Presint 18 di sini malam ini.

Rais malam tadi, muncul di majlis ceramah pakatan pembangkang di kawasan majoriti Cina di Titi, Negeri Sembilan, namun tidak memberikan sebarang ucapan.

Tengku Adnan yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya berkata sumbangan yang diberikan pada malam ini merupakan amalan beliau sejak 17 tahun lalu.

“Saya akan beri bantuan kewangan dan bahan keperluan untuk semua 63 surau di Putrajaya supaya mereka dapat menjalankan program moreh selepas selesai mengerjakan terawih di bulan Ramadan.


“Ini telah saya lakukan sejak 17 tahun lalu dan janganlah ada orang kata saya bagi dedak… dedak untuk binatang… ini keluarga saya kampung saya dan sebagai ketua kampung ini amalan saya, ” katanya.

Tengku Adnan dalam pada itu berkata pihak pembangkang akan terus melakukan pelbagai onar untuk menarik perhatian pengundi menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Rabu ini.

“Mereka akan buat segala-galanya dan mereka dah tahu nak kalah mereka akan buat macam-macam onarlah,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tuduhan pembangkang melibatkan beberapa isu termasuk berlaku pengiraan terhadap undi awal di beberapa bahagian pilihan raya dan kertas undi pos disapu lilin. – BERNAMA

Kategori