Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Siti Rahmah Atasi Kesedihan...

KUALA LUMPUR – Walaupun adik lelakinya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di...

Mangsa Banjir Di Pontian...

PONTIAN - Situasi banjir di daerah ini terus menunjukkan perkembangan baik apabila mangsa...

Tiada Lagi Pegawai JPJ...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu...

Anggota APMM Maut Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut manakala dua...

MATTA Sambut Baik Langkah GST Sifar Peratus

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyambut baik langkah kerajaan mengurangkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018.

Presiden, Datuk Tan Kok Liang berkata keputusan kerajaan itu akan memacu industri pengembaraan domestik – penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia.

“Langkah itu akan menggalakkan perbelanjaan dalam kalangan pengguna tempatan dan pelancong, sekali gus berpotensi ​​​​menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pengembaraan, beli-belah, makanan ​​​​​​ dan minuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata penerbangan antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan menjadi lebih rendah dengan GST sifar peratus justeru itu ia menjadi petanda baik bagi pelancongan domestik.

Beliau berkata perubahan dasar itu juga akan mendorong konsistensi dari segi layanan GST antara​​​​​​​ kawasan khas (Labuan, Langkawi serta Tioman) dan destinasi pengembaraan domestik lain.


“Bagaimanapun, tidak jelas sepenuhnya sama ada GST perlu dikenakan kepada produk pelancongan yang dijual​​​​​​​ sebelum 1 Jun untuk pengembaraan pada tarikh itu atau selepasnya,” katanya, sambil menambah, persatuan itu akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung perkara ​​​​​​tersebut.

MATTA merupakan organisasi bukan kerajaan terbesar di Malaysia, dengan 3,300 anggota terdiri ​​​​​​​ejen pelancongan dan pengembaraan tempatan serta gabungan luar negara. – BERNAMA

Kategori