SEORANG lelaki pekak, Victor Jose Arroyo Gonzalez, 20, pada mulanya mahu membunuh diri dengan memanjat pencawang elektrik.
Namun dia mengubah fikiran dan mahu terus hidup selepas dipujuk ramai, malangnya ketika dalam proses turun dari pencawang itu, dia telah terpijak wayar `hidup’ lalu terkena renjatan elektrik.
Victor akhirnya maut. Kejadian itu berlaku di Barranquilla, iaitu sebuah bandar pelabuhan Colombia di Laut Caribbean.
Ketika berada di atas pencawang elektrik itu dia menjerit dan memberitahu hasratnya untuk membunuh diri..
“Aku mahu terjun, aku tak mahu hidup lagi,’’ demikian jeritannya.
Polis dan orang ramai yang berada di situ cuba menghalang dan memujuknya. Dia termakan pujukan itu tapi dalam perjalanan turun, Victor telah terpijak wajar dan terkena arus elektik.
Selepas tersentuh wajar itu, dia terjatuh dan kejadian itu disaksikan oleh orang ramai. Dia maut di tempat kejadian. – MYNEWSHUB.CC
*Sekadar Video Hiasan..