Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Top Glove Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR – Top Glove Corporation Bhd, menafikan dakwaan dibuat sebuah laporan berita...

Penunggang Basikal Maut Dibaham...

TRAGIK... Seorang penunggang basikal gunung maut, manakala rakannya parah dibaham singa di kawasan...

Amuk: Muhdalena Kekal Bebas...

KUALA LUMPUR - Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhdalena Ahmad kekal...

Sepadan! Perbandingan QZ8501 Dengan...

MISI pencarian pesawat QZ8501 yang sudah memasuki hari ke-11 hari ini menemui bukti memberangsangkan apabila...

Mawar Teruja Puasa Bersama Suami Di Luar Negara

SESIAPA yang mengikuti perkembangan pasangan merpati dua sejoli, Mawar Rashid dan Raf Yaakob pasti tahu mereka ini sememangnya amat romantik sekali.

Terbaharu, Mawar nampaknya tidak dapat menahan perasaan teruja apabila dapat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan kali ini bersama si suami tercinta di Moscow, Rusia dan London, Britain.

Pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu berkata dia dan suaminya berpuasa di luar negara kerana urusan kerja.

“Berpuasa di London bukanlah satu pengalaman baharu bagi saya sebab bulan Ramadan tahun lalu saya berada di sini juga.

“Seronoknya kali ini sebab saya dapat berpuasa bersama suami. Hari pertama hingga ketiga puasa, saya dan suami di Moscow untuk penggambaran program TV.

“Hari keempat puasa pula, kami terbang ke London pula selama seminggu sehingga 26 Mei ini,” kata Mawar dipetik mStar Online.

Pasangan merpati dua sejoli, Mawar Rashid dan Raf Yaakob.

Mawar yang ketika ini berada di London memberitahu antara cabaran berpuasa di luar negara adalah apabila dia perlu menahan lapar dan dahaga selama 18 jam selain berhadapan dengan keadaan cuaca yang kering.

Tambah pelakon wanita berusia 23 tahun itu lagi, waktu sahur di London ialah pada pukul 2.30 pagi.


“Sebenarnya berpuasa di sini agak mencabar sebab menahan lapar selama 18 jam. Saya bersahur pada pukul 2.30 pagi.

“Tambahan pula, dekat sini kami banyak berjalan dengan keadaan cuaca kering. Paling terasa sebab kehausan,” tambahnya lagi.

Sementara itu mengulas mengenai perkembangan kerjaya lakonannya, Mawar dikatakan akan mula menjalani penggambaran drama berjudul Pencuri Cinta Kelas Satu sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Selain Mawar, drama tersebut turut dibintangi oleh Emma Maembong dan Hafreez Adam. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori