Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Piala AFF: Thailand Pasukan...

YANGON - Juara bertahan, Thailand menjadi pasukan pertama menempah slot ke separuh akhir...

MKN Nafi PKP Di...

KOTA BHARU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Seorang Maut, 2 Cedera...

ALOR SETAR - Seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) maut manakala dua...

Malaysia Lawan Bahrain: Perkhidmatan...

Kuala Lumpur : Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling akan...

Mayat Pekerja Binaan Ditemukan Di Likas

KOTA KINABALU – Seorang pekerja binaan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dan tenggelam ke dalam Loji Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Jalan Teluk Likas, petang semalam, dijumpai pagi tadi.

Mayat Sharif Zul Basil Sharif Banin dijumpai kira-kira jam 7.36 pagi oleh anggota bomba, kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh sebelum tenggelam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataannya hari ini berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra dalam kenyataannya berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 4.46 petang itu, mangsa bersama rakan-rakannya pergi ke loji berkenaan untuk menangkap ikan menggunakan pukat.

Bagaimanapun, ketika menyeberangi tali air itu, mangsa terjatuh ke dalam loji dan terus tenggelam. – BERNAMA

Kategori