Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Ahli Dewan Negara...

Kuala Lumpur : Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di...

Histeria: Pelajar SMK Pengkalan...

KOTA BHARU - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini,...

STING Tahan 9 Warga...

KUALA LUMPUR - Sembilan warga Nigeria disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar...

Diselar Bergincu Merah Menyala...

Australia - Plastik semata-mata. Itu yang berlaku kepada seorang model, Tara Moss apabila...

MB Bidas Dakwaan Kurang Rumah Mampu Milik Di Johor

MUAR – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membidas Pakatan Harapan yang menjadikan isu rumah mampu milik di negeri itu sebagai modal politik Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan aspek tersebut malah menetapkan dasar 40 peratus rumah mampu milik bagi setiap projek perumahan selain mempunyai perancangan untuk terus menambah penyediaan rumah jenis itu.

Malah, katanya kerajaan negeri kini dalam proses mengambil alih 121 hektar tanah di seluruh negeri bagi membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dengan peruntukan RM100 juta.

“Semua orang boleh cakap. Dia tidak tahu isu sebenar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran RMMJ di Taman Bakri Setia, dekat sini hari ini.

Projek itu menawarkan 90 unit rumah merangkumi RMMJ jenis A iaitu flat empat tingkat berharga RM42,000 (60 unit) dan baki 30 unit RMMJ jenis B iaitu teres berharga RM80,000.

Mengulas lanjut, Pengerusi BN Johor itu berkata setakat ini sebanyak 17,000 unit RMMJ telah siap dibina dan 35,000 lagi disasar disiapkan menjelang 2020.


“Di Muar sahaja kita sasarkan dapat menyediakan 2,000 RMMJ menjelang 2020,” katanya.

Pada masa sama beliau turut menangkis dakwaan pembangkang bahawa rumah mampu milik di Johor berkos tinggi.

“Carilah di mana-mana pun jika ada rumah mampu milik pakej harga RM42,000, RM80,000 dan RM150,000 di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Kategori