Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tunjuk Bukti Tarik Statut...

AMPANG – Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu) dijangka mengadakan Perhimpunan Raksasa membantah ratifikasi...

Permohonan Fasa Kedua UPUOnline®...

Permohonan Fasa 2 UPUOnline® bagi kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi,...

Bapa Mangsa Lion Air...

CHICAGO - Seorang lelaki Indonesia yang merupakan bapa mangsa nahas pesawat Lion Air...

Kejam! Kanak-Kanak Diikat Tangan...

KEJAM sungguh pihak pengurusan taska ini apabila sanggup mengikat tangan, kaki dan mulut...

MB Pahang Memulakan Tugas Pada Hari Pertama

KUANTAN – Menteri Besar yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ramly memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Seri Pahang di sini pada 10 pagi tadi.

Ketibaan beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohamed Safian Ismail dan disambut warga kerja kerajaan negeri.

Sejurus tiba di lobi wisma berkenaan, Wan Rosdy meletakkan ibu jarinya di mesin pengimbas perakam masa yang secara rasmi mencatatkan kehadiran beliau untuk bertugas pada 9.56 pagi.

Menteri Besar Pahang ke-15 itu kemudian melawat pejabat-pejabat kerajaan negeri termasuk Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan negeri serta Pejabat Penasihat Undang-undang negeri.

Wan Rosdy kemudian melawat Dewan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di bangunan bersebelahan sebelum masuk ke pejabat Menteri Besar Pahang untuk memulakan tugasnya. – BERNAMA

Kategori