Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tidak Perlu Plastik Berwarna...

KUALA LUMPUR - Dakwaan yang disebarkan di media sosial kononnya orang ramai perlu...

Jangan Beli Mercun Dalam...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang...

Bajet 2017 Tambah Baik...

SEMPORNA - Aset dua Pangkalan Laut di perairan timur Sabah akan ditambah baik...

“Terkejut Saya, Iye?” –...

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador terkejut apabila dimaklumkan...

MB Perak Persembah Senarai Calon Exco Kepada Sultan

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak akan mempersembahkan senarai nama calon exco kerajaan negeri kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi mendapat perkenan baginda,hari ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi PH negeri berkata bilangan calon exco yang bakal dipersembahkan kepada baginda juga telah diputuskan.

“Exco yang boleh dilantik seramai 10 orang dan minimum adalah empat orang. Senarai telah ada dan senarai tersebut akan saya sembah kepada Sultan Perak.

“Tentunya ia melibatkan semua parti dalam PH, kami cuba lihat seberapa yang boleh mengikut komposisi tetapi terpulang kepada Sultan Perak untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Rakyat Perak di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa selain disertai lebih 2,000 masyarakat sekitar Ipoh.


Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang menegaskan pihaknya akan membuat penilaian khusus kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Semua berhak isi borang permohonan tetapi mengisi borang permohonan tidak bermaksud diterima sebagai ahli PPBM. Kita akan lihat dan selidik lebih lanjut sebelum buat keputusan,” katanya. – BERNAMA

Kategori