Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zamani Buat Laporan Polis...

MUAR - Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai...

“Maafkan Saya Polis, Saya...

PENDANG - “Saya betul-betul menyesal dan tak akan ulangi kesilapan yang sama, maafkan...

Ada Pihak Terasa Hati,...

SIAPA tidak kenal dengan pelawak dan pengacara lelaki, Nabil Ahmad yang terkenal dengan...

Sambut Baik Tapisan Rapi...

SEREMBAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata...

Melaka Rangka Pelan Perbaiki Agihan Wang Zakat

MELAKA – Kerajaan Melaka sedang merangka pelan baharu bagi menambah baik proses agihan wang zakat dalam memastikan wang tersebut dapat diuruskan dengan berkesan dan asnaf zakat menerima bantuan yang disediakan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata beliau berharap selepas ini tiada golongan asnaf yang tercicir daripada bantuan zakat sambil pada masa sama taraf hidup golongan berkenaan dibaiki.

“Kita akan membuat satu proses bagi memudahkan golongan asnaf mendapat bantuan zakat kerana sebelum ini tumpuan hanya diberikan kepada proses pengutipan zakat dan pengiraan zakat berbanding dengan proses pengagihan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya tujuan penubuhan agensi seperti Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan agensi kebajikan lain ialah untuk memudahkan rakyat tetapi masalah timbul apabila ada yang tidak tahu kepada siapa harus dirujuk atau cara mendapat maklum balas selepas membuat pemohonan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri mengarahkan Pusat Zakat dan Baitulmal MAIM mewujudkan mekanisme yang lebih mesra pengguna termasuk talian ‘hotline’ selain lebih proaktif dalam membantu asnaf.

Ditanya mengenai usaha kerajaan negeri untuk mengawal pelaburan wang zakat, Adly berkata pelaburan hanya sepatutnya dilakukan apabila ada lebihan kutipan zakat kerana keutamaan adalah membantu keperluan kehidupan asnaf.


Beliau juga tidak menolak berlaku kepincangan dalam pengurusan wang zakat sebelum ini.

“Saya tidak nafikan bahawa daripada laporan audit yang saya baca terdapat banyak teguran mengenai pengurusan wang zakat dan kita akan lakukan penilaian menyeluruh bagi membaiki perkara ini setelah kerajaan Pakatan Harapan diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mentadbir dan mengurus negeri ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

Kategori