Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

EXCO Johor Dilantik Dalam...

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu akan dilantik...

Seks Awal Pagi Jadikan...

RATA-RATA pasangan yang sudah berkahwin pasti gemar memilih waktu malam untuk melakukan hubungan...

Banjir Di Melaka Semakin...

MELAKA - Banjir di Melaka semakin surut apabila bilangan mangsa menurun kepada hanya...

MH370: KP DCA Akan...

KUALA LUMPUR - Pengumuman oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin...

Melayu Johor Sedar Ancaman DAP Lepas PRU13

SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-13, orang Melayu Johor telah nampak agenda besar DAP untuk menawan Malaysia, yang Johor menjadi salah satu gelanggang utamanya.

Di Johor, negeri kelahiran UMNO, DAP telah menang dengan bergaya di Parlimen Gelang Patah yang kini dikenali sebagai Iskandar Puteri.

Menjelang PRU13 pada tahun 2013, DAP telah menurunkan jaguh-jaguhnya ke negeri selatan tanah air itu.

Antara yang paling ditonjolkan ialah pemimpin yang sedang pantas meningkat dalam DAP, Liew Chin Tong yang juga seorang pemikir parti itu.

Chin Tong diletakkan bertanding di Parlimen Kluang, kawasan majoriti Cina di tengah-tengah negeri Johor.

Selepas DAP menguasai Kluang, pemimpin muda ini sekarang diletakkan untuk bertanding di Ayer Hitam, bagi merampas satu daripada kubu-kubu Parlimen terakhir MCA itu.

DAP juga turut merampas kerusi-kerusi DUN daripada MCA dan memenangi 13 kerusi pada pilihan raya umum lalu di dewan yang berjumlah 56 kerusi itu.

Dalam PRU14, DAP berhasrat menawan negeri Johor, sebagai lanjutan dan pecutan terakhir setelah memulakan misi pada PRU13 lalu.

Pada PRU13, Lim Kit Siang juga turun ke Johor dan menewaskan bekas menteri besar, menjadi pembakar semangat kepada parti itu dan orang Cina yang menyokongnya untuk berkuasa.

Sejak itu, orang Melayu telah mula sedar satu perancangan sedang disusun untuk menawan negeri Johor.

Dengan sokongan kuat orang suruhannya PAN, DAP mensasarkan untuk berkuasa di Johor selepas PRU14.

PAN digunakan untuk menarik undi orang Melayu bagi mengundi Pakatan Harapan, tetapi akhirnya kuasa dalam PH terletak pada DAP.


Orang Melayu Johor sedar tentang muslihat ini apabila melihat wakil-wakil PAN sentiasa senada dengan DAP.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga dicurigai kerana dipergunakan oleh DAP, yang mengakui menunggang Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mendapatkan undi Melayu.

Wakil-wakil rakyat PPBM nanti sekiranya memenangi kerusi DUN tentu akan berpihak kepada pakatan politiknya, yang malangnya diketuai oleh DAP.

Ramai orang Melayu Johor terutamanya di Muar memandang tinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tinggi semangat Melayunya.

Tetapi keyakinan mereka hilang selepas Muhyiddin mengikut Tun Dr Mahathir Mohamad bergandingan dengan DAP untuk melawan BN.

Setelah memerhati apa yang dilakukan dan diucapkan oleh pemimpin-pemimin DAP selama ini, orang Melayu Johor kini semakin berwaspada.

Kemenangan besar Kit Siang pada 2013 telah membuka mata orang Melayu terhadap perancangan DAP di Johor.

Semasa PRU13, mereka telah meletakkan orang dari luar untuk bertanding di Johor yang kemudian hilang dan tidak mewakili penduduk di kawasan mereka.

Nasib orang Melayu Johor akan lebih tidak terbela jika kerajaan negeri ini dikuasai oleh DAP dan sekutu-sekutunya yang hanya menurut telunjuknya. – Mynewshub.cc

Kategori