Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Tidak Akan Diharamkan...

KUALA LUMPUR - UMNO tidak akan diharamkan walaupun terdapat beberapa usaha dan cubaan...

Kerajaan Digesa Lebih Terbuka...

PETALING JAYA - Putrajaya perlu lebih telus dalam menentukan tarif elektrik, kata seorang...

‘Saya Tak Faham Mengapa...

“Saya rasa mungkin ada gerakan daripada pelbagai pihak, tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya.“Saya pun tidak faham mengapa nama saya dikaitkan kerana saya tiada sebarang masalah dengan Ketua Menteri sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

5 Petani Ditimbus Tanah...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya lima petani terbunuh dan 15 lagi masih hilang selepas tanah...

Menantu Pecahkan Gelas, Mentua Tuntut Ganti Rugi

SEORANG wanita terkejut apabila menerima bil yang dihantar oleh mentuanya sendiri selepas dia memecahkan gelas wain di rumah mereka.

Kejadian berlaku ketika wanita tersebut yang sedang hamil lima bulan bersama-sama dengan suami melawat keluarga mentuanya itu.

Pada mulanya mereka nampak tidak kisah dengan apa yang berlaku, tetapi ia tidak seperti yang disangka, seperti dijelaskan oleh wanita itu di bebenang Mumsnet.

“Pergi ke rumah mentua hujung minggu lalu, minum segelas wain dan saya tak sengaja menjatuhkannya.

“Tak ada masalah, mereka hanya angkat bahu,” tulisnya.

Menurut wanita itu, dia mempunyai hubungan baik dengan kedua mentuanya sejak empat tahun bersama suaminya.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas kejadian, mentuanya bertindak menghantar emel kepada wanita itu menuntut dia membayar balik atau menggantikan gelas yang dipecahkannya.

“Pada masa itu saya tak tahu, tetapi dikatakan gelas itu mahal harganya. Pagi ini bapa mertua hantar emel menyatakan bahawa saya boleh pindahkan £156 (RM835) kepadanya atau membeli gelas itu online.

“Pada mulanya saya fikir ia hanya satu jenaka tetapi tidak sebenarnya. Dia betul-betul mahu saya menggantikannya apabila memasukkan ‘link’ jualan dan memberikan alamat rumahnya.


“Saya betul-betul terkejut sebab mereka sebelum ni bukan orang yang kedekut,” katanya.

Wanita itu juga menegaskan bahawa walaupun mentuanya orang berada, dia dan suaminya tidak stabil dari segi kewangan.

Justeru dia bercadang untuk menggantikan gelas wain itu dengan versi £20 (RM107) dari Amazon dan meminta rakan-rakannya pengguna di Mumsnet untuk menyatakan pendapat mereka.

Ramai yang bersetuju bahawa apa yang dilakukan mentuanya tidak munasabah kerana mereka pada awalnya nampak tak kisah tentang gelas yang pecah. – The Independent/mStar Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori