Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bersemut! Raf Yaakob Lamar...

SUDAH nama teman wanita pun Mawar, jadi ia hanyalah logikal bagi Raf Yaakob...

Media Diminta Jangan Desak...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Kedah Rancang Enam Projek...

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia...

Wan Azizah, Anwar, Guan...

SERI KEMBANGAN - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat meninggalkan kediaman Tun Dr....

Menjelang 2020 NASA Hantar Helikopter Ke Marikh

PEMAHAMAN manusia terhadap Planet Marikh masih lagi cetek ekoran tiada siapa yang penah melihat dan meninjau kawasan di planet merah itu secara lebih dekat.

Berikutan itu, menjelang tahun 2020 Pengurusan Angkasa Lepas dan Aeronautik Nasional (NASA) merancang mencipta sebuah helikopter pertama ke Marikh.

Lapor akhbar tempatan, helikopter tersebut akan dinamakan Helikopter Merah yang memiliki peranti hanya sebesar bola lisut dengan berat kurang daripada 1.8 kilogram.

Peranti tersebut akan akan dipasang pada bahagian perut robot Mars 2020 ini dengan kebolehan menentukan habitat dan persekitaran planet Marikh, mengesan kehidupan, sumber semula jadi dan bahaya untuk penerokaan manusia pada masa akan datang.

Bermula Julai 2020, Mars 2020 akan dilancarkan dan dijangka tiba di permukaan planet Marikh menjelang Februari 2021.

Sementara itu, Pengurus Projek Helikopter Marikh di Makmal Pendorongan Jet NASA, Mimi Aung berkata, rekod penerba­ngan helikopter mini berkenaan di Bumi adalah pada ketinggian 12,100 meter.


“Atmosfera Marikh adalah hanya satu peratus dari Bumi, jadi apabila helikopter kami berada di permukaan Marikh, itu sudah berada di Bumi bersamaan dengan ketinggian 30,500 meter,” ujarnya.

Pengurus NASA, Jim Bridenstine dalam satu kenyataan berkata, setiap projek yang dilancarkan oleh NASA boleh dibanggakan kerana terdapat kelainan dalam impiannya yang besar.

“Idea untuk melihat helikopter diterbangkan ke cakerawala lain amat mengujakan,” katanya.

Sehingga kini, masih belum ada negara yang pernah menerbangkan helikopter ke Marikh. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori