Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

KPN Sahkan Video Intim...

KETUA Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz...

T-Team Harap FMLLP Timbang...

KUALA TERENGGANU - T-Team berharap pihak Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP)...

Akibat ‘Double-Park’ Dapat Banyak...

Parking oh parking!Percayalah, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh masyarakat dunia amat benci...

Netizen Tegur Adik Neelofa...

TAK tahulah apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, agaknya kalau kekal adat...

Menteri Atau MB, Azmin Menghadap Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dalam tempoh terdekat bagi membincangkan tugas baharunya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet Persekutuan.

Menurutnya, selepas pertemuan itu, beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai kedudukannya sama ada kekal sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak.

“Buat masa ini, saya masih Menteri Besar Selangor, sekiranya keputusan dibuat untuk saya bantu dalam Kerajaan Persekutuan, saya akan lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya amat menghargai amanah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, untuk minta saya mainkan peranan pada peringkat Persekutuan dan beliau sudah maklumkan perkara ini beberapa minggu lalu.

“Namun, beliau belum membuat keputusan portfolio apa yang akan diberikan kepada saya,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin mengadakan pertemuan lebih sejam bersama Dr. Mahathir bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai peranan barunya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Katanya, beliau akan memaklumkan perkembangan baru itu kepada Sultan Selangor terlebih dahulu kerana ia membabitkan jawatan Menteri Besar dan proses itu perlu berjalan dengan baik, teratur dan tertib kerana mandat yang diberikan rakyat Selangor terlalu besar.

Justeru, Mohamed Azmin berkata, beliau akan memastikan kestabilan dan kekuatan yang ada pada kerajaan negeri Selangor selama ini dikekalkan.

Ditanya mengenai peranan yang akan dimainkannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin berkata, beliau sudah diberi penjelasan oleh Dr. Mahathir, malah Perdana Menteri juga mahu beliau kembali semula untuk membentangkan beberapa cadangan tambahan bagi memperkukuhkan kementerian itu.

“Ini adalah kementerian baru. Saya pasti ia satu cabaran hebat dan kita perlu bekerja keras untuk minggu-minggu akan datang selain tampil dengan dasar dan strategi baru,” katanya.


Menurutnya, Perdana Menteri juga secara peribadi mengiktiraf kejayaan ekonomi yang dibawa di Selangor dan mahu ia dijadikan asas untuk membangunkan negeri-negeri lain.

Ditanya mengenai kajian semula beberapa projek mega yang mungkin dipertanggungjawabkan di bawah portfolionya, Mohamed Azmin berkata, sebaik memasuki pejabat (kementerian) minggu depan, beliau akan mengkaji semula semua projek mega berkenaan termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang diluluskan di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Semua projek infrastruktur mega akan dikaji semula dan amalan kami adalah melaksanakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti perkhidmatan elektrik, bekalan air bersih dan perumahan awam.

“Kita ada pengalaman mengendalikan perumahan awam di Selangor dan akan membawa amalan itu ke peringkat Persekutuan.

“Saya juga berbincang dengan Perdana Menteri mengenai keperluan untuk mengadakan rundingan semula dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan supaya kelulusan pinjaman perumahan oleh pemohon dipermudahkan,” katanya.

Menurutnya, beliau difahamkan kadar tidak lulus pinjaman perumahan meningkat sehingga 60 peratus.

Katanya, kerajaan boleh membina lebih banyak perumahan awam, namun sejauh mana kelulusan pinjaman perumahan diberikan kepada setiap permohonan.

“Kami juga akan berunding semula dengan pihak berkaitan mengenai terma undang-undang dan kontrak berkaitan projek mega yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini,” katanya. – BH ONLINE

Kategori