Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dua Ditahan, Polis Rampas...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis...

Isteri ‘Kantoi’ Bersama Lelaki...

 PETALING JAYA - Kisah kecurangan pasangan suami isteri sering kali kita dengar dan...

Penganggur Didakwa Bunuh Warga...

KLANG: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...

4 Termasuk Penjawat Awam...

SHAH ALAM - Polis menahan empat lelaki termasuk seorang yang mendakwa sebagai pegawai...

Model Brazil Beri Inspirasi Pada Jutaan Orang

SEORANG model dari Brazil yang menjadi inspirasi kepada berjuta-juta orang mengenai perjuangannya melawan kanser perut menerusi media sosial, telah meninggal dunia.

Nara Almeida, 24, yang merupakan seorang blogger popular, mempunyai lebih 4.5 juta pengikut dalam media sosial dan sering memuat naik mengenai rawatan yang dilaluinya.

Dia meninggal dunia di hospital di Sao Paulo. Kematian Nara dimaklumkan oleh teman lelakinya, Pedro Rocha.

“Malangnya Nara telah meninggal dunia malam tadi, selepas bergelut dengan kanser. Saya inginkan dia selamanya namun apakan daya,” katanya.

Muatnaik oleh Rocha itu mendapat hampir 2 juta like dalam media sosial.

Nara disahkan menghidap kanser perut pada 8 Ogos tahun lepas dan sejak itu dia telah memuat naik gambar serta video mengenai peringkat rawatan yang dilaluinya.


Dalam muat naik terakhirnya pada penghujung April lalu, Nara menceritakan mengenai rawatan immunotherapy.

“Selepas banyak ujian yang dilakukan doktor telah menemui ubat yang boleh menyelamatkan saya. Kini, saya berharap ubat ini akan memberikan kesan dan menjauhkan penyakit ini selain mengakhiri penderitaan saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori