Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mat Sabu Gagal Bela...

BONGKAR... Calon PAS menyifatkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak menunjukkan kesungguhan untuk cuba...

Lynas Hentikan Sementara Operasi...

KUANTAN - Kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas), akan menghentikan sementara...

Gagal Kemuka Penyata GST,...

IPOH - Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau...

Perbincangan Air Dibayangi Isu...

PERBINCANGAN mengenai Perjanjian Air 1962 antara Singapura dengan Malaysia dibayangi oleh isu maritim...

Mohamed Azmin Menghadap Sultan Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Mohamed Azmin dilihat memasuki istana kira-kira 11.50 pagi, difahamkan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar susulan penamaan beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Ahad.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bertemu Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bagi membincangkan jawatan kabinetnya.

Istiadat angkat sumpah jawatan untuk Menteri Persekutuan dijadualkan berlangsung di Istana Negara, pagi esok.

Mohamed Azmin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Harapan berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.


Dua wakil rakyat Selangor disebut-sebut bakal menggantikan beliau iaitu ADUN Sungai Tua, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Dr. Shaharuddin Badaruddin.

Sehingga 1.15 tengah hari berdasarkan pemerhatian Bernama, Mohamed Azmin masih berada di dalam istana. – BERNAMA

Kategori