LANGKAH Anthony Martial meninggalkan Manchester United semakin hampir apabila pengurus pasukan, Jose Mourinho bersedia memberikan lampu hijau untuk pemain itu berpindah ke Juventus.
Pemain berusia 22 tahun itu berdepan dengan kesulitan sejak kedatangan Alexis Sanchez.
Menurut akhbar Itali Tuttosport, melalui Daily Express, Mourinho sanggup melihat Martial bermain di padang baharu untuk liga Serie A.
Bersaing dengan Marcus Rashford, Sanchez dan Jesse Lingard dan di posisi sebelah Romelu Lukaku, kemajuan Martial nampaknya terganggu.
Martial bersama Rashford dikritik oleh Mourinho pada Jumaat lalu selepas kekalahan mengejut 1-0 oleh Brighton. – Mail Online UK/mStar Online