Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Isu Tak Tahu GST,...

Sejak dua tiga hari lalu, peminat dunia seni tanahair terutamanya pengikut program pencarian...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal...

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan...

Hartawan Jepun, Undang Artis...

HAWTHORNE - Hartawan Jepun yang bakal menjadi pengembara pertama mengelilingi bulan menaiki roket...

PDRM Pantau Pusat Tahfiz...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau kesemua pusat tahfiz di...

Muka Seiras Syed Saddiq, Ben Amir ‘Dihantui’ Peminat

PENANGAN populariti diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman setelah menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 baru-baru ini ternyata turut beri tempias kepada pelakon, Ben Amir.

Memetik BH Online, Ben mengakui ruang mesej peribadi di laman sosial miliknya kini dibanjiri salam perkenalan daripada peminat apabila wajahnya dikatakan seiras dengan pemuda itu.

Kata pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin itu lagi, dia juga sering ditegur peminat yang menyedari persamaan raut wajah mereka dan maklum balas itu berganda selepas PRU14.

“Sebelum musim pilihan raya lagi, ramai memperkatakan persamaan muka kami. Saya tiada masalah, malah mengambilnya dari sudut positif kerana Syed Saddiq dikenali sebagai tokoh politik muda yang dihormati.

“Popularitinya yang semakin meningkat sejak memenangi PRU14 dan tanpa disangka, turut memberikan saya tempias. Selain ruangan komen, mesej peribadi di laman sosial saya juga dibanjiri pelbagai pertanyaan dan ucapan.

“Saya tidak rimas apabila raut wajah kami sering dibandingkan. Cuma, saya belum lagi berpeluang berjumpa dengan Syed Saddiq,” katanya.


Pelakon, Ben Amir.

Sementara itu, bercerita mengenai drama terbaru lakonannya bertajuk Air Mata Di Bumi Matador, Ben memegang watak utama sebagai Iskandar bergandingan dengan Puteri Aishah sebagai Qaisara dalam karya arahan Rahila itu.

Ujar Ben, ini adalah pengalaman pertama dia bekerja di bawah arahan sutradara berpengalaman itu dan mengakui drama tersebut agak mencabar emosinya apabila perlu melakonkan banyak babak menitiskan air mata.

Selain Ben dan Puteri Aishah, drama 26 episod itu turut turut dibintangi Arash Mohamad, Shakila Koriri, Ieda Moin, Pu Rizz, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, dan Laila Nasir. –Ā MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori