KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tiba di Istana Negeri sekitar 10 pagi ini untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau meluangkan masa kurang setengah jam dalam perjumpaan tertutup dengan Juhar.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Peguam Besar Negeri Zaleha Rose Pandin.
Sejurus berjumpa Juhar, Musa meninggalkan istana, sementara Yang Dipertua Negeri mengadakan pertemuan tertutup dengan Sukarti dan Zaleha Rose selama kira-kira 10 minit.
Sukarti dan Zaleha enggan berjumpa dengan pemberita rasmi kerajaan selepas pertemuan dengan Juhar. – BERNAMA