Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Sepatutnya Hadir Kawad...

PEGUAM kontroversi, Siti Zabedah Kassim memaklumkan bahawa sesi kawad cam yang sepatutnya dijalankan...

Pahang Dapat Sultan Baharu...

SPEKULASI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mungkin bakal ditabal sebagai...

Tips Mudah Dapatkan Diskaun...

KUALA LUMPUR - Pengguna boleh melaksana beberapa inisiatif bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik...

15 Oktober Pengurusan Kes...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Oktober ini untuk pengurusan kes rayuan Datuk...

Musa Aman Sudah Tinggalkan Negara?

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikehendaki polis dan agensi anti-rasuah dipercayai telah keluar dari Malaysia.

Menurut rakan sekutu dan pembantunya, mereka tidak pasti di mana bekas Ketua Menteri Sabah itu berada namun tidak menolak kemungkinan Musa telah pergi ke Brunei dan Singapura selepas menaiki pesawat menuju ke London.

Memetik sumber Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihaknya telah membuat permohonan agar Musa dihalang dari meninggalkan Malaysia beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, ahli politik berusia 67 tahun itu telah keluar dari negara sebelum namanya sempat disenaraihitamkan.

Difahamkan, Musa dikehendaki pihak berkuasa selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis dengan dakwaan ada kaitan tentang intimidasi jenayah terhadap beliau.

Polis Sabah bagaimanapun hanya boleh mengesahkan bahawa Musa tidak berada di negeri itu.

Difahamkan pegawai SPRM telah pergi ke dua-dua rumah Musa di Kota Kinabalu dan Sandakan untuk melakukan pencarian setelah mendapat waran untuk menggeledahah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua kediaman itu tiada penghuni pada masa itu dan Peguam Musa yang turut hadir juga enggan memberi kerjasama.

“Peguam-peguamnya memberikan kami kunci rumah, tetapi tidak mahu menemani kami dalam pencarian.


“SOP kami (prosedur operasi standard) memerlukan pegawai ditemani semasa carian. Oleh sebab itu, kami tidak memasuki premis itu,” kata sumber itu seperti yang dipetik The Star Online.

Kali terakhir Musa dilihat dalam penerbangan Malindo ke Kuala Lumpur pada 14 Mei dan pada Mesyuarat UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Mei.

SPRM sedang menyiasat dakwaan terdapat parti politik ‘membeli’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas PRU14 pada 9 Mei lalu yang menyaksikan persaingan sengit antara BN Sabah dan Warisan yang masing-masing menang 29 kerusi dari 60 kerusi DUN Sabah.

Wang berjumlah RM20 juta dikatakan sebagai sogokan sekiranya ADUN Star menyertai BN Sabah bagi memberi laluan kepada Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sekali gus membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Musa hilang majoriti selepas enam ADUN dari parti komponen BN (UMNO dan UPKO) menyatakan sokongannya kepada Warisan (DAP dan PKR) untuk membentuk kerajaan baharu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori