Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Penerbangan Sulung Umrah Eaglexpress...

KUALA LUMPUR - Penerbangan sulung untuk umrah oleh Eaglexpress Al-Fajr akan berlepas dari...

VIDEO: Hebat.. Nenek Tunjuk...

KEBIASAANNYA orang ramai akan memberi perhatian kepada kehebatan persembahan individu di tepi jalan...

Dentuman Di Ipoh Kekal...

KUALA LUMPUR: Bunyi dentuman yang masih misteri di Ipoh, Isnin lalu turut didengari...

Lampu Isyarat Rosak 5...

KUALA LUMPUR: Masalah lampu isyarat rosak sejak kira-kira lima tahun lalu di sekitar...

Musa Pengerusikan Mesyuarat Pertama Kabinet Sabah

KOTA KINABALU – Tan Sri Musa Aman hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, hari ini.

Musa, yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-14 pada Khamis, mengadakan mesyuarat itu dengan turut dihadiri tiga timbalan ketua menteri iaitu Datuk Dr Jeffery Kitingan, Datuk Masidi Manjun dan Datuk Hajiji Mohd Noor.

Musa tidak mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu dan enggan mengulas ketika ditemui pemberita ketika beredar meninggalkan PPNS pada jam 2.50 petang.

Dalam pada itu, Jeffery ketika ditemui pemberita kemudian, berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran.

Beliau enggan mengulas lanjut.


Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Afieza Khan dalam kenyataan hari ini berkata antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat itu adalah langkah-langkah bagi memperkukuhkan pentadbiran dengan menyusun semula dan memperkemas beberapa kementerian untuk memastikan fungsi dan objektifnya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. – BERNAMA

Kategori