Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Makmal Spesifikasi NBOS-PILS Perlu...

TAWAU - Pembinaan konsep makmal spesifikasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan-Program Inisiatif Libat Sama...

Lagi Pelajar Dakwa Dipukul...

KLANG - Satu lagi kes pukul di sebuah sekolah agama telah tersebar tular...

Trafik Perlahan Di L/Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan...

Kuan Yau Pertahan Pengedaran...

PULAU PINANG - Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau yang menghasilkan...

Mustapa Harap Pemilihan UMNO Kali Ini Bersih

KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap pemilihan parti itu pada semua peringkat kali ini bersih daripada sebarang amalan politik wang dan berlangsung dalam suasana kekeluargaan.

Beliau berkata pemilihan kali ini harus menjadi platform kepada akar umbi untuk memberikan mandat baharu buat barisan kepimpinan yang difikirkan mempunyai visi dan kemampuan untuk menerajui serta memulihkan imej parti dalam mendepani cabaran yang mendatang.

“Setiap anggota UMNO perlu menolak budaya negatif yang telah mencalarkan imej UMNO, termasuklah budaya politik ‘warlord’, sifat angkuh, amalan politik wang dan retorik perkauman yang melampau. Kita tidak boleh terus bersikap jumud dan memandang remeh perkara-perkara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustapa yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mencipta sejarah dan rakyat Malaysia sudah memberikan isyarat cukup jelas bahawa soal integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik adalah penting dalam memacu Malaysia mendepani cabaran dalam serta luar negara.

“Kekalahan ini membawa hikmah tersendiri kepada UMNO apabila ia membuka ruang untuk kita melaksanakan pembaharuan dalam parti. Agenda rejuvenasi UMNO menjadi lebih penting pada saat yang mencabar ini.


“UMNO perlu berubah dan rakyat tidak akan menunggu kita. Oleh itu, pemimpin-pemimpin UMNO pada setiap peringkat perlu bermuhasabah dan berani untuk melakukan perubahan radikal bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori