Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Aprena Laris Selepas Berumah...

MULA aktif berlakon sejak dua tahun lalu, bakat baharu, Aprena Manrose mengakui, rezekinya...

PU Riz Jawab Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Selebriti Neelofa, 32, dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26,...

Tak Perlu Buka Mulut,...

WALAUPUN membintangi drama Nur bersama, aktres Amyra Rosli tidak sama sekali mahu mengulas...

DBKL Batal Tambak Tanah...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan dan menarik balik surat kelulusan projek...

MyTukar.com Tawar Tempoh Waranti Kereta Terpakai

KUALA LUMPUR – Bagi mengukuhkan lagi platform e-dagang yang memudahkan pemilik kenderaan dan penjual dalam traksaksi penjualan kenderaan dalam talian, MyTukar.com menandatangani perjanjian persefahaman dengan Guard My Ride Sdn Bhd (GMR), syarikat waranti kenderaan.

Perjanjian itu bertujuan menarik lebih ramai pemilik kenderaan yang berhasrat menjualnya dan peniaga kereta terpakai membida harga kenderaan dengan penawaran pelanjutan tempoh waranti kenderaan sehingga enam bulan.

Pengurus Besar MyTukar.com, Kevin Neon, memberitahu Bernama, setakat ini sebanyak 431 penjual dan peniaga kereta terpakai di seluruh negara telah mendaftar dengan platform itu.

“Kami mengharapkan usahasama antara MyTukar.com dan GMR dapat menarik lebih ramai lagi penjual dan peniaga kereta terpakai mendaftar dengan kami dan meraih ramai pembida untuk membida kenderaan yang diingini.

Daripada jumlah yang telah mendaftar, 60 peratus merupakan penjual dan peniaga kereta terpakai yang aktif membida,” kata Neon ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian itu di sini pada Sabtu. – BERNAMA

Kategori