Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Covid-19: Varian BA.5.2 Dikesan...

KUALA LUMPUR - Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira...

Lagu Negaraku Sudah Diwartakan,...

SHAH ALAM - Lagu Negaraku tidak boleh diubah kerana ia telah diwartakan dalam...

Liam Payne One Direction...

SEJAK kebelakangan ini, kontroversi yang menimpa penyanyi kumpulan One Direction seperti berangkai pula.Selepas Zayn...

Fenomena Air Pasang Besar:...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) belum bercadang membekukan cuti...

Najib Buat Lawatan Ke Klinik Desa Puncak Alam

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan ke Klinik Desa Puncak Alam, di Bandar Puncak Alam di sini yang telah memberi manfaat besar kepada hampir 44,000 penduduk di sekitar kawasan itu.

Najib meluangkan masa kira-kira 15 minit meninjau kemudahan perubatan di klinik itu selepas bersarapan pagi bersama penduduk tempatan di sebuah restoran di sini.

Perdana Menteri juga sempat beramah mesra dengan kakitangan di klinik berkenaan. Turut sama dalam lawatan itu termasuk Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar dan calon BN Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Klinik desa yang menawarkan perkhidmatan perubatan untuk ibu dan anak itu mula beroperasi pada 2004.

Klinik itu mempunyai tujuh kakitangan termasuk seorang doktor bagi memantau keadaan pesakit terutamanya ibu hamil dan bayi. – BERNAMA

Kategori