Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Penduduk Turki...

ISTANBUL - Lebih 100,000 penduduk, kebanyakannya mengibarkan bendera Turki membuat bantahan antikeganasan di...

Ruang Siber Medium Musuh...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan serangan siber adalah cabaran terbaru yang sedang dihadapi...

Lelaki Rentung Ditemui Dalam...

KINABATANGAN - Seorang lelaki rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung...

Nita, Tunang Diberi Masa...

BEKAS peserta Malaysian Idol dan penyanyi, Nita Hamzah berkata dia dan tunang, Mohd....

Najib Mohon Maaf Atas Kekurangan Dan Kesilapan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kekurangan dan kesilapan ketika beliau memimpin negara selama sembilan tahun sejak 2009.

“Saya berdoa selepas tempoh perpecahan ini, negara kita akan kembali bersatu. Saya mohon maaf atas kekurangan dan kesilapan. Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas peluang yang diberikan untuk memimpin negara hebat ini.

“Ia adalah penghormatan besar dalam hidup saya untuk berkhidmat kepada anda dan Malaysia,” kata bekas perdana menteri itu dalam catatan terbaharunya dalam akaun Facebook dan Twitternya.

“Selepas lebih empat dekad terlibat dalam politik dan kempen pilihan raya baru-baru ini, yang malanya bersifat peribadi dan barangkali juga paling sengit dalam sejarah Malaysia, saya akan bercuti pendek bagi meluangkan masa dengan keluarga yang begitu kurang saya layani sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

“Rakan dalam Barisan Nasional dan saya komited untuk menghormati kehendak rakyat dan melancarkan proses peralihan kuasa. Kepentingan terbaik Malaysia dan rakyatnya akan sentiasa menjadi keutamaan dan saya bertekad untuk terus memberi khidmat kepada kedua-duanya atas apa jua kapasiti yang ada,” katanya. – BERNAMA

Kategori