Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hentikan Pembelian Luar Biasa...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu meminta...

Suami Isteri, Bayi Maut...

TANJUNG MALIM - Sepasang suami isteri dan seorang bayi lelaki maut dalam kebakaran...

Selangor Penyumbang Tertinggi Kes...

PUTRAJAYA : Selangor menjadi menyumbang kes tertinggi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)...

Kuantan FA Siap Sedia...

KUANTAN - Skuad Kuantan FA mengeluarkankan amaran bakal memberikan saingan sengit kepada pasukan...

Najib Sindir PH Tiba-Tiba Ajaib Ada Rizab RM430 Bilion

BONGKAR… Di celah-celah kehangatan isu pihak polis geledah di rumahnya di ibu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat juga balik ke kawasan Parlimen beliau di Pekan, Pahang semalam.

Bekas perdana menteri itu menghadiri tiga acara penting termasuk pada sebelah petang merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan.

Itu adalah acara pertama beliau ‘cakap politik’ di khalayak umum di situ selepas Barisan Nasional (BN) julung kali dalam sejarah 60 tahun sejak merdeka akhirnya tewas ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Pada ucapan sulungnya, Najib berkata bahawa beliau teruja apabila melihat kehadiran pada majlis perasmian mesyuarat kali ini adalah jauh lebih ramai berbanding semasa berjawatan ketua kerajaan dan presiden UMNO.

Ini katanya petanda semangat UMNO masih kuat dan tiada siapa boleh mematikan roh perjuangannya. Beliau juga mengingatkan agar jangan lupa apa yang dinikmati di negara ini selama ini adalah hasil perjuangan gigih UMNO.

Serentak dengan itu merujuk kepada keputusan PRU ke-14 beliau kesal kerana hasil perjuangan UMNO tidak dihargai. Najib menegaskan beliau menerima hakikat demokrasi dalam pertandingan ada menang dan ada kalah.

Bagaimanapun beliau berasa ralat kerana kekalahan BN itu berpunca daripada penyelewengan fakta dan berita tidak benar berasaskan kebencian berjaya ditularkan serta janji manis Pakatan Harapan (PH) yang nyata sukar ditunai.

Najib kemudian memberi contoh mudah dengan mempersoalkan mengenai senario ekonomi semasa negara yang ketika kempen PRU itu digambarkan kononnya bagai sudah gagal, bankrap dan hutang kerajaan bertimbun tinggi.

Ironi, katanya tiba-tiba tiga hari sahaja selepas menang PRU tersebut, pihak kerajaan PH kemudian berkata konon ekonomi Malaysia sedang kukuh dan rizab Bank Negara Malaysia ada RM430 bilion iaitu tertinggi dalam sejarah.

“Soalnya dalam tiga hari saja negara hampir bankrap boleh jadi kukuh… mereka ada lampu ajaib ke… macam lampu Aladin ke… hanya gosok dalam masa tiga hari…. tak payah selamatkan negara lagi,” kata Najib secara sindiran sinis.

Beliau dipercayai jelas hendak menyatakan dakwaan semasa kempen kononnya negara hampir muflis ketika era pentabirannya adalah jelas suatu pembohongan sedangkan ekonomi Malaysia waktu itu adalah konsisten teguh.


“Ini yang saya rasa terkilan… bukan kekalahan… tapi atas penyelewengan fakta sebenar…. tak adil… ini berita palsu,” tegas Najib yang juga merupakan bekas pengerusi BN dan menteri kewangan itu dalam nada cukup kesal.

Mengulas lanjut, mantan pemimpin negara itu menambah, kalangan anak muda yang mengundi PH sebenarnya mengharapkan parti lawan itu hapus GST, harga minyak turun mendadak, mansuh PTPTN dan lain-lain lagi.

“Tetapi apabila berkuasa… berapa harga minyak?…. kita tunggu bila harga minyak konon hendak turun… Saya tahu sebab saya adalah bekas Menteri Kewangan,” kata Najib merujuk harga runcit petroleum naik di pasaran global.

Beliau menganggarkan jika betul harga minyak hendak diturunkan pihak kerajaan PH daripada paras sekarang kepada RM1.50 sen seliter, maka subsidi yang perlu ditanggung mereka adalah sekitar RM1.5 bilion.

“Kenapa tak cakap perkara itu, bagi harapan palsu? Kita (BN) tak janji palsu, kita janji apa yang mampu. mungkin saya silap tidak ambil pendekatan matlamat menghalalkan cara, bila dapat kuasa, itu belakang kira,” katanya.

Apapun beliau mengajak rakyat tunggu apakah kerajaan PH dapat tunai 10 janji mereka dalam tempoh 100 hari meskipun Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah membayangkan sukar memenuhi semua dijanjikan tersebut.

Najib menjelaskan serangan bertalu-talu ke atasnya adalah kerana beliau perdana menteri dan presiden parti, maka hendak tumbangkan kerajaan, si ketua itu kena jadi sasaran terlebih dahulu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori