KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kota Kinabalu malam ini untuk lawatan dua hari ke Sabah.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan dua timbalannya iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin, beberapa anggota Kabinet Negeri serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Malam ini, perdana menteri dijadual menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang.
Esok, Najib akan merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Keningau sebelum menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Beaufort.
Perdana menteri juga akan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kota Marudu sebelum berlepas pulang ke ibu negara. – BERNAMA