Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Mark Wahlberg Aktor Raih...

MAJALAH Forbes baru-baru ini telah menyenaraikan pelakon Hollywood, Mark Wahlberg sebagai aktor yang...

Petisyen Hukum Ramos Cecah...

KIEV - Nampak gayanya, drama perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2017/2018 membabitkan Real Madrid...

Silap Alamat, Penumpang Uber...

SEORANG lelaki yang menempah perkhidmatan Uber dengan caj £20 (RM110.38) dari Brixton ke...

Nama KPWKM Dikekalkan – Wan Azizah

PUTRAJAYA – Nama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang digunakan sebelum ini dikekalkan dan tidak perlu ditukarkan kepada Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika memulakan tugasnya secara rasmi di KPWKM hari ini memberitahu media bahawa beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa berhubung perkara itu.

“Saya difahamkan oleh perdana menteri dan selepas semak dengan KSN nama yang lama dikekalkan,” katanya ketika diminta untuk memberi penjelasan berhubung nama kementerian tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan KPWKM yang diedarkan ketika Dr. Wan Azizah memulakan tugasnya hari ini turut menyebut nama kementerian tersebut dikekalkan sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Isnin lepas perdana menteri ketika mengumumkan senarai Kabinet merujuk KPWKM sebagai Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei lepas, kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir menumbangkan dan menamatkan pentadbiran Barisan Nasional selama 60 tahun. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KPWKM

Kategori