Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Teknologi Baru Memanjangkan Jangka...

KADAR jangka hayat bateri merupakan masalah yang biasa membelenggu pengeluar dan pengguna telefon...

Disangka ‘Penjenayah’, Kim Woo...

MODEL dan aktor Korea Selatan, Kim Woo Bin mengalami detik hitam ketika berkunjung...

Mesyuarat Khas Menteri Luar...

KUALA LUMPUR - Menteri-Menteri Luar ASEAN dan China, akan bertukar pandangan mengenai kerjasama...

Warga Emas Miliki 65...

STAFFORDSHIRE – Seorang lelaki warga emas menyatakan hasratnya untuk memiliki seramai 100 orang...

Namron Kesal, Nama Ditolak Stesen TV Tempatan

KEBANYAKAN barisan pelakon di kaca televisyen kini hanyalah muka yang sama sehingga membuatkan penonton naik muak apabila menonton drama tempatan.

Di sebalik perkara itu, seorang pelakon berbakat besar, Nam Ron mendedahkan menerusi akaun sosial Twitter miliknya bahawa namanya telah ditolak oleh sebuah stesen televisyen tempatan.

Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, dia dan pelakon Amerul Affendi turut menerima nasib yang sama yang mana nama mereka telah ditolak oleh stesen TV tersebut untuk sebuah telefilem hari raya.

“Baru dapat berita daripada syarikat produksi, nama saya ditolak oleh stesen TV untuk telemovie raya.

“Wow! Amazing, patutlah dah lama tak keluar TV. Sama juga dengan rakan saya Amerul Affendi,” tulisnya kelmarin.

Berita mengejutkan itu telah disampaikan sendiri oleh syarikat produksi tersebut kepadanya.

Amerul Affendi
Amerul akur kurang kriteria untuk bintangi drama.

Bagaimanapun, Nam Ron tetap tabah dan sempat meninggalkan pesan kepada Amerul tentang bakat besar yang dipunyai oleh pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu.

“Jangan risau Merul, kita ada kelas. Merul pernah ditolak beberapa projek tapi bukan projek yang sama,” tulisnya lagi.

Kebanyakan pengikutnya di laman Twitter turut meluahkan rasa sedih dan tidak puas hati mereka kepada stesen televisyen tersebut.


Malah, ada juga netizen seakan-akan naik muak dengan wajah hero atau heroin yang sama dalam beberapa drama.

Bukan itu sahaja, mereka turut merindui lakonan hebat Nam Ron dan Amerul kerana jiwa anak seni di dalam diri kedua-dua pelakon itu tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pendatang baharu.

Dalam masa yang sama, pelakon Kin Wah atau nama Islamnya, Anuar Chew Abdullah turut membalas twit Nam Ron dengan mengatakan bahawa dia juga langsung tidak menerima apa-apa tawaran lakonan.

Bagaimanaun, Kin Wah kini semakin dikenali di Indonesia selepas dia memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi drama Matahari Terbit Lagi pada Anuegrah Skrin 2014 yang lalu.

Netizen turut menyeru stesen televisyen tempatan supaya tidak berat sebelah terhadap pelakon lama kerana kebanyakan pelakon baharu masa kini bagaikan ‘kayu’ apabila berada di hadapan lensa kamera. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori