Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sumareh Sah Kini Berstatus...

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mendaftarkan...

Pos Laju Makin Popular,...

KUALA LUMPUR - Ketika era surat sudah dianggap ketinggalan zaman apabila digantikan dengan...

Jose Mourinho Pengurus Baharu...

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho dilantik pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mouricio...

Peniaga Warga Emas Didakwa...

MELAKA - Seorang peniaga warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer...

Nasi Daging Kawah Pak Tih Tarikan Di Pendang

PENDANG – Nasi daging jika kena cara, mampu membangkit selera peminatnya.

Itulah keunikan di Bazar Ramadan Pendang apabila peniaganya menggunakan kawah untuk memasak dan menumis rempah ratus nasi daging tempatan, yang juga antara daya penarik untuk melariskan jualan.

Peniaga Halim Shaari berkata istimewanya nasi daging kawah air tangannya ini ialah dimasak secara terbuka sebelum dijual terus kepada pelanggan yang tidak putus-putus berkunjung ke bazar itu.

“Saya memang menyimpan resepi nasi daging ini dalam buku kecil. Selepas berhenti daripada berniaga buah, saya mencarinya semula dan cuba buat hingga menjadi pada Ramadan tiga tahun lalu.

“Oleh kerana sambutan menggalakkan kami teruskan hingga kini dan ramai pelanggan tetap sudah tahu keenakan nasi daging kami,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Katanya sejak awal Ramadan hinggalah ke hari ini, sambutan terhadap nasi daging kawahnya itu cukup memberangsangkan dan tidak sampai dua jam ia habis dijual dengan hasil jualan kira-kira RM1,700 sehari.

“Uniknya nasi daging kawah ini ialah kita jaga kebersihannya iaitu sebanyak 20 kilogram masing-masing beras dan daging lembu tempatan dicuci dengan baik sebelum disejat dan dimasak dalam kawah hingga hampir dua jam,” katanya.


Halim, 63, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Tih, berkata nasi dagingnya turut dilengkapi air asam dan gulai daging yang dijual pada harga semurah RM10 bagi setiap set.

Beliau bercadang untuk menambah menu masakannya iaitu nasi daging kambing pula pada masa akan datang iaitu seminggu sebelum Aidilfitri.

“Ini juga kita akan gunakan resepi turun-temurun yang tidak ada pada mana-mana orang lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori