Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DUN Johor Zahir Takziah...

Iskandar Puteri : Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini merakamkan ucapan takziah...

Pertandingan ‘Infinite Talent’ Berjaya...

PERTANDINGAN akhir 'Infinite Talent with Love & Laughter' berlangsung meriah dengan penyertaan 30...

Penjawat Awam Individu Paling...

KUALA LUMPUR - Saban tahun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima jutaan permohonan daripada...

Air Mata Biru Pantai...

MIRI - Pantai Tusan di Bekenu, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya ini,...

‘Nasib Baik Sempat…’ – Warga Emas Terlajak Tidur

HANYA kerana terlajak tidur, seorang pengundi di Perlis hampir terlepas daripada menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, hari ini.

Tiap Ooi Ah Chuan, 56, tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsan Tambun Tulang, Arau, 15 minit sebelum berakhirnya masa mengundi.

“Saya terjaga sahaja dari tidur tengok jam dah 4.20 petang… terus bergegas ke sini.

“Nasib baik sempat kalau tidak menyesal kerana pilihan raya hanya lima tahun sekali.

“Ini semua demi Malaysia… lambat macam mana pun kena berusaha juga untuk mengundi,” katanya yang tinggal di Kampung Siam, Jejawi.

Beliau adalah antara individu terakhir yang mengundi bagi Parlimen Arau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di pusat pengundian berkenaan.


Antara calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dari Barisan Nasional (BN), Hashim Jasim dari PAS dan Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Daud dari PKR.

Bagi kerusi DUN pula, Datuk Ismail Kassim dari BN, Dr. Abu Bakar Ali dari PAS dan Maton Din dari PKR. – myMetro Online 

Kategori