Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

UNITEN Mahu Jelajah Negara...

ROMPIN - Pasukan Solar Ranger Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) mahu mencipta rekod melakukan...

Penyata Kewangan 1MDB Diberikan...

KUALA PILAH - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diberikan laporan bersih oleh juruaudit...

Jerman Beli Lebih Banyak...

FRANKFURT – Jerman, gergasi ekonomi Eropah, telah membeli lebih banyak produk dari Malaysia...

Wanita Dakwa Punggungnya Lebih...

APABILA sebut sahaja nama bintang sensasi Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian, pastinya ramai...

Nasib Orang Asli Di N.Sembilan Terus Terbela

SEREMBAN – Nasib masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan akan terus terbela di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri, Ismail Ahmad.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu berkata Kerajaan PH akan berusaha bagi memastikan kaum itu tidak terus terpinggir daripada arus pembangunan.

“Kita akan terus membela nasib masyarakat Orang Asli dengan sebaik mungkin seiring dengan agenda pembangunan negara. Mana-mana program yang baik yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini akan kita teruskan.

Bantuan kepada Orang Asli ini memang perlu diteruskan sebagaimana dasar yang telah dibuat oleh kerajaan…itu tiada masalah. Bagaimanapun, cara pemberian itu mungkin perlu diperbaiki. Lepas itu, penekanan pemberian pula kena dibuat secara telus dan dapat dirasai semua terlibat,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 35 keluarga Orang Asli yang memerlukan di bawah program sukarelawan Politeknik Nilai yang bertemakan ‘1 Warga 1 Kampit Beras’ di Kampung Tekir (perkampungan Orang Asli), Labu dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Politeknik Nilai, Nazri Idris dan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Negeri Sembilan, Datin Seri Paezah Ismail.

Ismail berkata beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri semalam dan akan meneruskan perbincangan bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli.

“Saya telah memberikan beberapa pandangan termasuk memberi hak yang sepatutnya mereka dapat. Mereka perlukan pembangunan dan dalam masa yang sama jangan dipinggirkan mereka dalam arus pembangunan.


“Kalau boleh fikirkan juga kebajikan dan kesejahteraan mereka. Saya sangat prihatin terutama kemudahan asas yang sepatutnya mereka dapat seperti bekalan air, lampu, jalan raya dan sebagainya.

“Kerajaan PH tidak akan menjadi warga negara kita dibeza-bezakan dengan kelas satu, kelas dua dan kelas tiga. Kita akan cuba jadikan warga Malaysia sebagai satu warga negara yang satu kelas. Bermakna, kalau dia berhak dapat, semua pun akan berhak dapat…kecuali, ada beberapa kekangan perlembagaan,” katanya.

Katanya di Negeri Sembilan terdapat 69 perkampungan Orang Asli dengan jumlah penduduk 11,919 orang.

Majlis itu adalah anjuran Politeknik Nilai dengan kerjasama Pejabat ADUN Labu dan Puspanita Negeri Sembilan.

Pada majlis itu, setiap keluarga mendapat barangan dapur seperti beras, minyak masak, tepung dan gula bernilai RM100 serta duit raya RM200. – BERNAMA

Kategori