Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tidak Patuhi Etika Pakaian,...

KABUL : Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan...

Kerjasama NBOS Laksana Program...

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Al-Quran Digunakan Sekolah, Tahfiz...

SEREMBAN - Al-Quran digunakan dalam program tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan...

Pemimpin PAS Hidup Mewah...

KUALA LUMPUR - Mustahil PAS mahu memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

PRU14: Nawawi Ahmad Jadi Tumpuan Media

LANGKAWI – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, menjadi tumpuan lensa media tempatan dan antarabangsa ketika tiba di pusat mengundi di Maktab Mahmud cawangan Langkawi di sini.

Beliau berdepan persaingan sengit untuk mempertahankan kerusi disandangnya itu berikutan dicabar calon pakat pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam pertandingan tiga penjuru.

Seorang lagi calon bertanding mewakili PAS, Zubir Ahmad.

Terdahulu, Nawawi yang berbaju biru dilihat tiba di pusat itu bersama isterinya, Datin Sabariah Hassan, pada jam 9.13 pagi, sebelum selesai menunaikan tanggungjawab mengundi lima minit kemudian.

Seawal jam 7.30 pagi lagi, petugas media dari dalam dan luar negara berhimpun untuk membuat liputan kehadiran Nawawi di pusat mengundi itu.


Sebanyak 25 pusat mengundi dibuka sejak jam 8 pagi tadi bagi Parlimen Langkawi yang mempunyai 42,697 pemilih berdaftar, termasuk 1,588 pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu lalu.

Nawawi memenangi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU13 menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah, dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi. – BH ONLINE

Kategori