Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BNM Serbu 8 Premis...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu 8 premis yang menjalankan urus...

Pelakon Era 90-an, Nor...

ISU kontroversi melibatkan selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara baru dalam industri...

Kereta Unik Beg Udara...

TOKYO - Ketika dunia gempar dengan skandal beg udara rosak keluaran Takata Corp....

Jamal Abdillah, Anak Kolaborasi...

PETALING JAYA - Penyanyi Datuk Jamal Abdillah bakal berkolaborasi bersama anak sulungnya, Osama...

Netizen Anggap Uqasha Terima Balasan Tuhan

SEJAK mengambil keputusan untuk kembali kepada imej tidak bertudung kira-kira tiga tahun lalu, ada sahaja cerita panas dikaitkan dengan pelakon wanita ini.

Daripada kisah cinta tidak kesampaian, kes putus tunang, berperang mulut dengan rakan seperjuangan hinggalah cerita dirinya dituduh menari mabuk di sebuah kelab malam, semuanya sudah dihadapi Uqasha Senrose, 26.

Namun semalam, sekali lagi namanya menjadi bualan hangat ekoran laporan yang mendakwa pelakon jelita itu ditahan selepas disyaki memilik sejumlah dadah sintetik jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya.

Penemuan dadah itu dibongkarkan polis yang melakukan pemeriksaan ke atas aktres itu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, di ibu negara pada Ahad.

Tentu sahaja perkara itu mendapat reaksi pelbagai daripada para netizen yang terkejut dan tidak menyangka kejadian tersebut berlaku kepada kakak dua pelakon popular itu.

Pemerhatian Mynewshub mendapati ruangan komen laman sosial aktres berusia 26 tahun berkenaan telah ditutup, membuatkan perkongsian artikel di Facebook Mynewshub dihujani dengan persoalan netizen.

“Yeke, biar betul kau min bukannya dia tengan shooting dekat Australia ke?” soal pengguna Facebook yang menggunakan nama Maisara Jubri.

Namun ada juga netizen yang mengatakan mungkin kerana hal itu, Uqasha kelihatan lebih kurus berbanding dahulu kerana pengambilan barangan terlarang tersebut.


Tidak kurang juga mempersoalkan prosedur polis melepaskan pelakon terbabit dengan jaminan biarpun ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

Namun paling mendapat tomohan daripada kalangan netizen adalah rata-ratanya beranggapan penahanan pelakon itu adalah disebabkan ‘dosa-dosa’ lampau yang pernah dilakukan oleh pelakon berusia 25 tahun itu.

Terdahalu, pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderela itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MYNEWSHUB.CC

Kategori