Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cincin Hilang Ketika Melamar...

SETIAP wanita pastinya mengimpikan lamaran daripada sang kekasih untuk membawa hubungan mereka ke...

5 Strategi Putuskan Rantaian...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan lima strategi utama dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (KKM) Menangani...

Banjir Di Baling: Risda...

BALING : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan membantu seramai...

UMNO, BN Sabah Mampu...

NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin...

Niat Mahathir Terajui Negara Jadi Satira Indonesia

KUALA LUMPUR – Keinginan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berusia hampir seabad, untuk kembali menerajui Malaysia menjadi satu satira lucu bagi rakyat Indonesia, kata Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Beliau berkata bekas perdana menteri Malaysia berumur 93 tahun itu menggunakan politik rendah untuk memburukkan kerajaan pemerintah, Barisan Nasional (BN) yang pernah diterajuinya selama lebih 22 tahun untuk memenangi hati rakyat.

“Ini jelas dalam beberapa perkara yang dikatakan oleh pimpinan pembangkang, mantan perdana menteri Malaysia yang umurnya 93 tahun, yang masih teringin menjadi pimpinan negara, yang menyatakan berita-berita palsu yang telah disahkan (tidak benar) seperti kononnya pesawatnya disabotaj, akan berlaku penipuan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan mungkin jadi kucar kacir di Malaysia.

“Ini semua perkara-perkara yang tidak sihat, sebab apa yang dikatakan oleh beliau tidak ada bukti langsung, hanya dengan cara melepaskan ‘statement’ yang tidak bertanggungjawab, bagi saya politik ini politik cukup rendah dan tidak harus diamalkan,” katanya ketika ditemu bual agensi berita CNN Indonesia di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Pemangku Pengurus Kanan Sumber Manusia Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Azeman Ariffin.

Bekas Anggota Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang itu berkata taktik yang digunakan Dr. Mahathir dan pembangkang untuk menyerang kerajaan juga tidak relevan apabila menggunakan isu-isu yang timbul ketika pimpinan Dr. Mahathir sendiri dan telah banyak diselesaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hari ini kalau kita lihat apa yang dibawa oleh pembangkang yang menentang BN, Datuk Seri Najib telah memulihkan keadaan masa zaman Mahathir misalnya tentang isu ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), masa Mahathir, isu itu diguna kuat untuk menangkap, menahan siapa yang membangkang.


“Hari ini ISA telahpun dimansuhkan dan ekonomi lebih baik hari ini dan kalau kita tengok kronisme atau nepotisme masa zaman Najib dah kurang banyak kalau banding zaman Mahathir,” katanya.

Kepada soalan bagaimana jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok, Zahrain berkata kekucar-kaciran akan terlebih dahulu berlaku kepada pakatan pembangkang itu sendiri kerana mereka mempunyai dasar perjuangan yang cukup berbeza.

“Hari ini mereka menerima Mahathir tetapi saya dengar ada ucapan oleh pihak pimpinan DAP yang hanya mengatakan mereka mahu memperkudakan Mahathir sebagai alat untuk mempengaruhi undi orang Melayu. ini satu niat yang jahat, yang tidak ikhlas, satu strategi tidak baik untuk proses demokrasi,” katanya.

Zahrain berkata pembangkang Malaysia sewajarnya mengamalkan proses demokrasi yang lebih matang dan mencontohi pembangkang di Indonesia, yang kekal dari segi persahabatan dan persaudaraan walaupun menjalani kempen yang hebat dengan mengetengahkan isu yang tegas dan bersifat keras. – BERNAMA

Kategori