Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zika: Thailand Sahkan 11...

BANGKOK - Thailand mencatat 11 kes baharu jangkitan Zika yang dilaporkan berlaku di...

Anak Muda Bergaul Bebas...

KUALA LUMPUR - Kerajaan turut bertanggungjawab terhadap masalah pergaulan bebas dalam kalangan golongan...

VIDEO : Bayi Ini...

Kalau bayi baru lahir lapar, pastinya mereka akan menangis dengan kuat selagi ibunya...

Penangan Mengandung Buat Isteri...

SIAPA yang tidak mengimpikan sebuah keluarga lengkap dikelilingi insan-insan tersayang. Begitu juga dengan...

Nikmat Sambut Aidilfitri Berakhir Sejak 24 Tahun Lalu

SEREMBAN – Seorang warga emas yang tinggal sendirian di sebuah pondok usang di sini memberitahu bahawa kali terakhir beliau menyambut Aidilfitri adalah pada 1994, ekoran kedaifan hidup serta kematian insan tersayang.

Mariam Ismail, 63, berkata ‘nikmat itu berakhir’ selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun, diikuti ibunya pada 1994 dan suaminya ketika beliau berumur 22 tahun.

“Saya mempunyai seorang anak namun kami tidak tinggal bersama. Dia tinggal di Oakland di sini dan dia juga sakit. Setiap tahun, hanya jiran-jiran sahaja yang akan melawat dan memberi makanan serta biskut raya kepada saya.

“Saya berasa sangat sedih melihat orang lain berseronok bersama keluarga, tetapi saya tidak dapat merasainya kerana dihimpit kemiskinan selain tidak mempunyai ahli keluarga untuk menyambut bersama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program asnaf yang dianjurkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dr. Rafie Abdul Malek di Taman Dusun Nyior Ampangan di sini, hari ini.

Penderitaan Mariam yang turut menghidap penyakit seperti sakit jantung, kencing manis serta asma, mendapat perhatian Dr. Rafie yang berjanji akan membantu sedaya upaya warga emas itu.


“Kawasan yang didiami Mariam ini adalah tidak sesuai kerana ia adalah kawasan rizab sungai namun kini kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memujuk Mariam untuk berpindah ke rumah baharu kerana pada masa ini dia tidak mahu meninggalkan rumah berkenaan kerana sayangkan rumah peninggalan orang tuanya itu.

“Pihak korporat sosial di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga ada memberitahu mereka merancang untuk membina rumah baharu buat Mariam yang bernilai sekitar RM60,000 namun kini ia masih lagi dalam perbincangan dan masih belum diputuskan bila pembinaan tersebut bakal dilaksanakan,” katanya.

Setakat ini, Mariam menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri sebanyak RM350 dan Baitulmal sebanyak RM300, setiap bulan, kata Dr. Rafie. – BERNAMA

Kategori