Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Uptown Shah Alam Akan...

SHAH ALAM - Kompleks bazar larut malam (Uptown Shah Alam) di Seksyen 24...

Masyarakat Palestin Ucap Terima...

KUALA LUMPUR - Anggota keluarga pensyarah warga Palestin yang dibunuh di Setapak di...

Pegawai Imigresen, Tiga Lelaki...

TAIPING - Seorang pegawai imigresen antara empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Taiping...

BERSATU Kekal Sokong Mahathir...

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyatakan sokongan...

Ulangi Komitmen Kebebasan Dan Keadilan Media

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengulangi komitmennya untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 dan menubuhkan majlis media bagi menjamin kebebasan dan keadilan media di Malaysia.

Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR berkata beliau telahpun menyediakan rang undang-undang bagi tujuan itu pada 2010 dan akan mengusulkan untuk membentangkan semula perkara itu di Parlimen dalam waktu terdekat.

“Kita bercakap tentang era baharu di mana anda meraikan kebenaran dan anda membenarkan kritikan adil yang menyumbang kepada pembangunan negara… ,” katanya kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary hari ini, tempat berlangsungnya mesyuarat pertama parti gabungan Pakatan Harapan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata media harus dilihat sebagai elemen yang penting terutama sebagai medium semak dan imbang.

“Apa juga komitmen pembaharuan yang kita nyatakan pada rakyat, kita mahu rakyat lihat pelaksanaannya nanti.


“Dalam sesebuah negara yang majmuk sifatnya, institusi media yang bertanggungjawab mesti dilihat sebagai komponen penting dan saya percaya Pakatan Harapan komited dengan prinsip ini,” katanya. – Bernama

Kategori