Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Perintah Kawalan Pergerakan Bermula,...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula...

Seat Kosong Banyak.. Atas...

TINDAKAN sepasang kekasih bercengkerama di dalam sebuah gerabak kereta api mengundang rasa tidak selesa...

Sultan Perak Sampaikan Pingat...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke...

Langkawi Jadi Hab Antarabangsa...

GEORGE TOWN - Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan...

Operasi SAR Warga New Zealand Hilang Diteruskan

JOHOR BAHRU – Kawasan pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga New Zealand yang hilang ketika mandi berhampiran kapal layarnya yang sedang bersauh di perairan Sedili Kecil dua hari lepas, diperluaskan hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata sektor pencarian baharu akan meliputi 50 batu nautika perairan itu berbanding hanya 10 batu nautika sebelum ini.

Selain itu, kekuatan pasukan penyelamat yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam ditambah daripada 31 kepada 50 anggota.

“Pencarian di darat serta pemantauan udara menggunakan helikopter Maritim Malaysia juga sudah dilakukan, namun masih gagal menemui mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Selasa lalu, mangsa yang dikenali sebagai Robert Mark Fagan, 63, melabuhkan kapal layarnya kira-kira satu batu nautika dari pantai Jason Bay, Sedili, Kota Tinggi sebelum dijangka meneruskan pelayaran dalam program Sail Malaysia Passage to East Yacht Rally 2018.

Bagaimanapun belum sempat berbuat demikian, mangsa didapati hilang ketika mandi berhampiran kapal laparnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori