Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kelantan Tanpa Zahasmi Menentang...

KOTA BHARU – Kelantan akan turun tanpa ketua jurulatihnya Zahasmi Ismail pada perlawanan...

Kelindan Lori Maut, Tercampak...

DUNGUN - Seorang kelindan lori terbunuh selepas lori yang dinaikinya bertembung dengan sebuah...

Lebih Ramai Wanita Diperlukan...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya lebih...

One Two Jaga Dicalonkan...

KUALA LUMPUR - Meskipun karya yang memfokus isu korupsi, One Two Jaga sukar...

Ops Bersepadu Sempena Aidilfitri Bermula 7 Jun

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan melancarkan Ops Bersepadu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu bermula 7 Jun bagi mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya, kata menterinya Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata operasi yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu akan dilancarkan secara serentak di R&R Seremban arah selatan dan di semua pintu keluar dari Lembah Klang.

“Kami akan buat program advokasi di Sungai Buloh atau Rawang dan di pantai timur. Program ini juga kami akan laksanakan di beberapa kawasan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini hari ini.

Loke turut melawat kaunter Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang terletak di Galeria PJH di Presint 4, dan mengarahkan semua kaunter suruhanjaya itu untuk beroperasi seperti biasa dan tidak menolak sebarang permohonan baharu ekoran pengumuman pembubaran SPAD pada Rabu lalu.

“Mereka perlu terima semua permohonan seperti permit kenderaan perdagangan dan bas tambahan. Permohonan itu diterima seperti biasa, tetapi kelulusan itu akan diberikan oleh Ketua Setiausaha kementerian,” katanya.

Semalam, Loke memberi jaminan kakitangan SPAD tidak akan diberhentikan dan diserapkan sebagai kakitangan tetap di bawah JPJ memandangkan terdapat 1,000 kekosongan jawatan di JPJ.


Pada Rabu, Dr Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama mengumumkan beberapa agensi dan insitusi berkaitan kerajaan akan dibubarkan sebagai usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan kewangan negara.

Perdana Menteri berkata beberapa agensi itu termasuk SPAD, Majlis Profesor Negara (MPN); Jawatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). – BERNAMA

Kategori