SEORANG lelaki telah ditahan kerana didakwa menghina ekoran kenyataan menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui media sosial.
Menerusi akaun Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, pihak polis telah menangkap individu yang dikenali sebagai Mohd Muhaimin Hassan, hari ini.
Dia ditahan atas tuduhan menghina secara keterlaluan terhadap Perdana Menteri dan agama Islam melalui akaun Facebook miliknya.
Laporan polis tersebut telah dibuat oleh beberapa wakil NGO kelmarin di Langkawi dengan menganggap kenyataan suspek sangat melampau.
Suspek telah direman sehingga 20 Mei bagi siasatan lanjut dari pihak polis.
Selain Mohd Muhaimin, turut ditahan ialah Man Toba, Save Malaysian LGBT Community dan Fifa Eyfa yang menggunakan nama gelaran di Facebook atas kesalahan yang sama.
Sehingga kini, pihak polis masih memburu beberapa suspek tersebut dan akan melakukan siasatan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE