TRAGIK… Seorang wanita ditahan polis kerana bunuh suaminya dengan bantuan tiga kekasihnya sebelum mengerat mayat mangsa dan sumbat ke dalam guni yang dibuang di tiga lokasi berbeza.
Akhbar tempatan, Times of India melaporkan, kejadian ngeri pada 1 April lalu di Goa itu terbongkar selepas seorang saksi memaklumkan polis mengenai pembunuhan berkenaan tiga hari lalu.
Mangsa, Basavraj Bariki, 38, secara kebetulan tidak pula mempunyai keluarga di Goa dan menyebabkan berita kehilangannya tidak dilaporkan oleh sesiapa pun.
Jurucakap polis India, Arvind Gawas berkata, isteri mangsa, Kalpana Bariki, 30, dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan tiga lelaki.
Perbuatan Kalpana itu dihidu suaminya menyebabkan mereka sering bertengkar. Selepas pertengkaran pada 1 April lalu, dia berpakat dengan semua kekasihnya untuk membunuh mangsa.
Times Now News melaporkan, Kalpana mencekik Basavraj menggunakan tali sementara tiga kekasihnya itu memegang mangsa.
Selepas mangsa mati mereka mengerat mayat itu sebelum membuangnya di beberapa lokasi di Dudhsagar. – Agensi/BH ONLINE
*Video sekadar hiasan…