Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Identiti 6 Mayat Mangsa...

HUTAN MELINTANG - Identiti enam daripada 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot...

Pemain MP3 Tiruan ‘Makan’...

CHINA merupakan antara negara yang sinonim dengan penghasilan dan penjualan barangan tiruan daripada...

Kerajaan Sediakan Bantuan Awal...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Zatuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan...

Power Ranger ‘Merah’ Ditahan...

CALIFORNIA – Bekas pelakon siri Power Ranger yang memegang watak Red Ranger ditahan selepas...

Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Negeri Melaka

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri di Melaka apabila memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Berdasarkan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 2.09 pagi ini, PH menang 15 daripada 28 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut SPR, Barisan Nasional (BN) menang di 13 kerusi DUN, manakala PAS tidak memperolehi sebarang kerusi.

PH menang di Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Bandar Hilir, Telok Mas dan Bemban.

Bagi kerusi Parlimen, PH memenangi empat daripada enam kerusi di negeri ini.

Dalam persaingan kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin sekali lagi menewaskan lawannya Tan Sri Mohd Ali Rustam dengan majoriti lebih tinggi iaitu 8,640 undi berbanding 5,477 undi pada PRU13.


Selain itu, PH berjaya merampas dua kerusi Parlimen iaitu Alor Gajah menerusi Mohd Redzuan Yusof dan Tangga Batu melalui Prof Madya Rusnah Aluai, manakala Khoo Poay Tiong berjaya mempertahankan kerusi Kota Melaka.

BN hanya berjaya mempertahankan dua kerusi Parlimen iaitu Masjid Tanah melalui Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Jasin melalui Datuk Seri Ahmad Hamzah. – BERNAMA

Kategori