Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berapa Lama Untuk UMNO...

MULAI 10 Mei lalu, PAP Singapura telah mengambil alih kedudukan UMNO dan Barisan...

Pegawai Muda Sentiasa Diberi...

KUALA LUMPUR - Pegawai muda yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)...

Mangsa Banjir Kampung Sungai...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Sungai Tepus di Bandar...

Akses Komputer Tanpa Kebenaran,...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan wanita bergelar ‘Datuk’ didakwa di Mahkamah Sesyen...

PAS Rampas Terengganu, Kekal Di Kelantan

PUTRAJAYA – PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu dan mengekalkan penguasaannya di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah membuat pengumuman itu dalam satu sidang media awal pagi Khamis, berdasarkan majoriti mudah kerusi yang dimenangi parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri tersebut.

Hashim pada sidang media itu mengumumkan PAS menang 18 kerusi DUN di Terengganu, sekali gus merampas pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

SPR juga mengumumkan kemenangan PAS di 28 kerusi DUN di Kelantan.

Sementara itu, BN juga sekali lagi berjaya membentuk kerajaan di Perlis dan Pahang, masing-masing dengan majoriti mudah 10 dan 22 kerusi.


Di Pulau Pinang pula, Pakatan Harapan mengekalkan kedudukannya apabila diumumkan menang majoriti mudah 25 kerusi DUN. – mStar Online

Kategori