Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hudud: Sabah, Sarawak Mungkin...

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor berpendapat, Sabah dan Sarawak berkemungkinan...

Inilah Masjid Paling Sejuk...

SETIAP masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat...

Polis Hatyai Mungkin Dakwa...

BANGKOK - Cerita warga asing khasnya pelancong diculik bukan sahaja boleh menjejaskan imej...

Wanita Ganas Paksa Kekasih...

GANASNYA...seorang wanita telah membunuh kekasihnya dengan memaksa lelaki itu minum peluntur selepas mereka...

PAS Tawar Bentuk Kerajaan Perpaduan Di Perak

MARANG – PAS hari ini menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan di Perak dengan dianggotai semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Namun ia dengan syarat menteri besar adalah beragama Islam dan pemilihannya dipersetujui oleh semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beragama Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan pembentukan kerajaan campuran itu dicapai pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila, di sini.

Beliau dalam mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu PAS juga memutuskan untuk hanya menerima tawaran pembentukan kerajaan campuran itu dengan syarat majoriti daripada 10 Ahli Majlis Jawatankuasa Negeri (Exco) dipilih daripada kalangan ADUN yang beragama Islam.

“Kalau tiada pihak yang bersetuju dengan syarat ini PAS tidak akan menyertai penubuhan kerajaan campuran di Perak dan akan kekal sebagai pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi.

Takiyuddin berkata ketika ini kerajaan negeri Perak tidak dapat dibentuk kerana tiada sebarang parti yang mencapai majoriti mudah 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 Rabu lepas yang membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri.

“Pada PRU14, Barisan Nasional (BN) mendapat 27 kerusi, PAS tiga kerusi dan Pakatan Harapan (PH) 29 kerusi. Jadi PAS hanya akan bersetuju untuk parti yang terima syarat kita untuk sama-sama tubuhkan kerajaan atau Perak perlu mengadakan pilihan raya negeri bagi membentuk kerajaan,” katanya.


Takiyuddin berkata BN atau PH sehingga kini belum lagi mengadakan perbincangan untuk menubuhkan kerajaan campuran itu.

“Kita (PAS) belum jumpa BN atau PH dan membuat tawaran terbuka ini kepada mereka… kalau mereka nak bincang kena jumpa kita sebab memang perbincangan mengenai pembentukan kerajaan campuran ini tidak pernah wujud sebelum ini,” katanya.

Untuk menubuhkan kerajaan negeri sesebuah parti memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi daripada 59 kerusi DUN yang ada. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

Kategori