Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Latheefa Koya Ganti Mohd...

KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai...

PTPTN Tutup Tirai 2019...

KUALA LUMPUR - Biarpun berdepan suasana ekonomi tidak menentu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Hari Pertama Hantar Ke...

SEORANG ibu yang baharu mula bekerja tidak menyangka bayi yang ditinggalkan pada rumah...

Lelaki China Bersenam Taici...

SUZHOU (China) - Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang...

PBS Tarik Diri Dari BN, Masih Sokong Musa Aman

KOTA KINABALU — Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini mengumumkan menarik diri daripada Barisan Nasional (BN) dan menawarkan untuk menerajui platform baharu bagi keterlibatan politik di kalangan parti-parti yang sehaluan di Sabah.

Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata berdasarkan keputusan pilihan raya, di peringkat Negeri dan persekutuan, adalah jelas bahawa platform BN bukan lagi gabungan politik yang berdaya maju.

“PBS akan terus menyokong kerajaan yang dibentuk secara sah dan kepimpinan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah, dan menawarkan parti itu (PBS) sebagai platform tunggal untuk semua wakil rakyat kerajaan Negeri boleh menjadi anggota PBS bagi meneruskan perjuangan politik dan berkhidmat kepada rakyat Sabah.

“Modelnya ialah PBS campur iaitu PBS campur STAR. Semua wakil rakyat yang dipilih dari UMNO, UPKO dan PBRS, dan penyokong mereka, dijemput untuk menyertai PBS secara langsung sebagai anggota parti” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Pairin berkata pemimpin dan penyokong STAR akan kekal dalam parti mereka sendiri. – BERNAMA

Kategori